PENGENALAN


Ekhwan Services merupakan pengendali katering berpusat di Kg.Sungai Penchala,Kuala Lumpur.Syarikat milik penuh bumiputera ini diusahakan oleh Hj. Mohd. Nazif Jamaludin dan dibantu oleh isteri Puan Nurul Azni Jalilah serta pekerja-pekerja profesional yang berpengalaman dalam bidang masakan dan pentadbiran. 

Ekhwan Services merupakan sebuah syarikat yang giat mengusahakan perusahaan makanan dan masakan melayu. Bermula dengan Ekhwan Food Services, kami memulakan perniagaan di sebuah kafetaria di Petaling Jaya, kemudian kami mengusahakan sebuah kafetaria di Kolej IKRAM, Bangi di samping serius dalam menyediakan perkhidmatan katering bagi pelbagai majlis keraian.

 Selaras tema syarikat "Hati Yang Bersih Ditempa Oleh Makanan Yang Halal" dan motto "Kepuasan Anda Jaminan Kami", Ekhwan Services sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik bagi kepuasan pelanggan yang berpanjangan. Selamat melayari laman blog kami untuk dapatkan HARGA dan TAWARAN PAKEJ yang menarik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Promosi Pakej Dewan/Kanopy Hanya RM 9,800 !!

Panel Dewan Ekhwan Katering